SEMINAR TAJWID LUAR BIASA 2018
Ingin tahu cara lebih mudah kuasai ilmu tajwid dengan cepat?
Jom hadiri seminar Tajwid Luarbiasa. Dalam 1 hari sahaja, anda akan kuasai tajwid & ilmu bacaan Al-Quran hingga ke tahap yakin baca Al-Quran sendirian& mampu ajar anak-keluarga di rumah
Sms/Wasap/ Call Admin : 010 517 0784 (Untuk Mendaftar)
atau klik DAFTAR SEKARANG dibawah ini!
DAFTAR SEKARANG!
atau klik DAFTAR SEKARANG dibawah ini!
DAFTAR SEKARANG!
Assalamualaikum Wbt.
Tuan-puan yang dirahmati Allah Ta’ala,
Selagi kita ‘orang islam’, pasti hati kecil kita ni nak pandai baca Quran.
Nak bersahabat dengan Al-Quran sebab kita tahu fadhilatnya banyak. Nak
yakin baca Quran seorang diri di rumah tanpa perlu takut salah. Nak yakin
join tadarus di surau masjid. Nak ajar anak sendiri baca Quran,
Cuma kadang-kadang kita banyak ‘tersekat’ :
.
MASIH MERANGKAK BACA QURAN
Umur dah meningkat tapi masih ‘merangkak’ baca Quran. Nak belajar tapi segan pula dengan orang lain bila diminta ustaz baca seorang-seorang.
TIADA MASA
Nak belajar tapi tiada masa pula. Kelas yang ada ambil masa berbulan baru habis silibusnya. Susah nak serasikan dengan ‘timetable’ kita.
LUPA & KELIRU HUKUM TAJWID
Ketika belajar tajwid, kita fokuskan ’hafal nama hukum & huruf’ walaupun tak semuanya difahami. Apabila lupa, habislah keliru.
MASIH ‘CONFUSE’
Dah belajar tapi masih ‘confuse’. Yelah, tok guru mengajar banyak sangat hukum tajwid. Mad je dah 19 hukum. Memang susah nak cepat pandai baca Quran jika belajar ikut ‘lagu’ ni….
TOK GURU GARANG
Nak belajar tapi takut tok guru garang sangat. Yelah masa kecil dulu guru kita kan garang sikit. Rotan depan mata. Itu yang sampai sekarang fobia belajar Quran masih ada.
NAK AJAR ANAK SENDIRI
hasrat di hati nak ajar anak sendiri baca Quran tapi kita pun masih keliru. Lama-lama, anak pula lebih pandai baca dari kita sebab mereka dihantar ke sekolah agama…
Sebab itu kami ingin bantu :
Sebenarnya tajwid Al-Quran tidaklah sesukar disangka. Ada jalan
‘short-cut‘ , teknik pembelajaran santai yanglebih mudah nak faham,
lebih cepat fasih baca Quran. Kami ingin bantu anda belajar tajwid
‘cara baru’ dengan lebih selesa. Belajar dalam ertikata :
Kita belajar tajwid dalam waktu singkat,
1 hari sahaja berbanding cara pembelajaran biasa di surau yang ambil 2 tahun baru habis teori.
Pembelajaran kita tidak terlalu fokus teori, tapi fokus praktikal. Janji pandai baca Quran dengan tajwid yang kemas.
Dalam Seminar Tajwid Luarbiasa, kami fokus untuk ‘re-learn’, perkemas & ‘upgrade’ :
Kita ’re-learn’, belajar semula ilmu tajwid. Tapi kali ini secara LEBIH TERSUSUN. Maknanya, anda belajar semula tajwid dengan fokus :
FAHAM TEORI
faham setiap pembahagian hukum & sebab panjang-pendek berlaku.
TAHU PRAKTIKAL
tahu cara camkan & cara gunakan setiap hukum tajwid ketika membaca Al-Quran.
BOLEH AJAR
kuasai tajwid hingga ke tahap anda boleh mengajar rakan & anak dirumah walaupun anda doktor-engineer, bukan ustaz-ustazah
Antara peserta Seminar Tajwid Luarbiasa sebelum ini :
.
Kami akan bantu anda fahami tajwid dari sudut :
FOKUS KEFAHAMAN BUKAN 'HAFAL KOSONG'
Seminar ini kurang tekankan hafal nama hukum tapi fokus kefahaman &
praktikal. Sebab, apabila kita tahu camkan kewujudan ikhfa’ dlm Quran,
tak perlu lagi kita hafal 15 hurufnya.
BELAJAR HINGGA BOLEH AJAR ORANG LAIN.
Ilmu yang dikongsikan bertahap T.T.T. (Train the trainers). Kami share
ilmu tajwid hingga anda boleh ajar keluarga sendiri di rumah, ajar
kawan sepejabat walaupun anda ‘orang biasa’ bukan ustaz-ustazah.
DISINI, SEMUA PESERTA SAMA. USTAZ CONFIRM TAK GARANG.
Dalam seminar ini, kami anggap semua peserta sama. Corak pembelajaran
pula amat santai. Serius! Anda akan banyak tertawa. Jangan risau, kami
tidak akan minta anda baca seorang-seorang. Kita baca ramai-ramai. Jadi,
tiada siapa pun dimalukan.
KITA BELAJAR ILMU TAJWID PALING PENTING SAHAJA.
Tajwid ini banyak & mendalam ilmunya, tapi tak perlu pun belajar
semua. Kita belajar ilmu tajwid paling penting sahaja. Ilmu tajwid
praktikal, yang paling banyak digunakan ketika baca Quran. Jadi,
takdelah ‘pening’ sangat.
Pandangan mereka yang telah menghadiri
Seminar Tajwid ‘High Impact’ ini :
.
Puas saya pelajari tajwid, tapi pendekatan yang dibawa cukup sukar untuk saya ingat. Tapi setelah saya ditemukan dengan program ini, tajwid saya makin mantap !
Pn. Miskiah , Pegawai Eksekutif
Jurubimbing Ustaz Asraff mempunyai pengetahuan mendalam dalam subjek tajwid Toriq Syatibi. Metodologi & strategi transfer of training berkesan & mudah difahami.
Dr. Mohamed Zakaria yahya, CEO, Nadi Training Consulting, Sdn Bhd
.
Seronok, sempoi, terbaik ! Ustaz Asraff sangat santai dalam penyampaian. Satu subjek serius & berat (tajwid) tapi disampaikan dengan menarik & mudah faham !
Tn. Hj Yaakob Baharom
Superb, mantap, terbaik ! Maklumatnya simple tapi berisi, sesuai dengan semua peringkat usia. Pendekatan yang mesra & meraikan pertanyaan.
M. Najib M. Yasin , Engineer
Anda ingin alami pengalaman yang sama ? Klik butang di bawah untuk membaca lebih banyak perkongsian testimoni ‘real’ peserta, yang mereka tulis sendiri.
Silibus istimewa yang kami kongsikan :
UNTUK MEMUDAHKAN KEFAHAMAN, KITA AKAN BELAJAR MELALUI 6 SILIBUS INI :
SILIBUS 1 (BASIC RULES)
Pengenalan tentang tajwid.
FOKUS : Kami akan terangkan beza ilmu tajwid ’dalam buku’ dengan tajwid praktikal. Ilmu tajwid yang diamalkan agar mudah baca Al-Quran.
SILIBUS 2 (KOMPONEN)
Makhraj serta sifat huruf.
FOKUS : Inilah fokus utama ilmu tajwid. Cuma, dua bab ini paling sukar difahami. Jika anda kabur disini, banyak ’lompong’ dalam bacaan Al-Quran nanti. Kami akan jelaskan cara menyatukan ilmu makhraj & huruf ketika praktikal bacaan Al-Quran.
SILIBUS 3 (TRAFFIC JAM 1)
Hukum berkaitan Nun mati, Mim mati & Tanwin.
FOKUS : Bacaan dengung & tidak dengung. Ia antara hukum tajwid paling banyak wujud dalam Al-Quran. Kami tunjukkan ’short-cut’ fahami hukum ini agar anda tidak perlu pening menghafal hurufnya.
SILIBUS 4 (TRAFFIC JAM 2)
Hukum Mad
FOKUS : Ini antara bahagian yang sukar dikuasai kerana mad ada 19 pecahan. Kami akan mudahkannya dengan mengajar secara praktikal. Anda camkan mad berdasarkan beza ’speed’nya.
SILIBUS 5 (SPECIAL CASES) :
9 BACAAN UNIK
FOKUS : Dalam bacaan riwayat Hafs An A’sim, ada 9 bacaan unik. Kuasainya, bacaan anda akan ’perfect’.
SILIBUS 6 (SPECIAL RULES) :
SEBUTAN HURUF TEBAL- NIPIS
FOKUS : Dari sudut praktikal, huruf tebal-nipis terutamanya Ro’ merupakan huruf yang PALING KERAP disebut secara salah kerana huruf ini berbeza dengan sifat huruf lain. Ada masanya ia dibaca tebal, ada ketikanya ia dibaca nipis.
Kenali pembimbing Seminar Tajwid Luarbiasa
Ustaz Hj. Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz
Takhassus Al-Quran & Qiraat, Shoubra, Al-Azhar Mesir
Masters Psikologi I.O, U.K.M
Memiliki sanad Al-Quran sahih yang bersambung terus dengan Rasulullah s.a.w
Seorang penghafaz Al-Quran, pencinta ilmu tafsir & tadabbur, trainer, ustaz, penulis, psikolog & bisnesman – Ustaz Asraff Ayob merupakan Pengarah urusan Syarikat Furqanworks Sdn Bhd, sebuah syarikat yang memiliki visi & misi membantu masyarakat lebih mudah membaca, menghafaz, memahami, mengamalkan, menyampaikan sekaligus mencintai Kalamullah, Al-Quran Al-Karim melalui teknik, formula & short-cut yang simple tapi bernilai & berimpak tinggi.
Berbekalkan pengalaman menghafaz Al-Quran sejak lebih 20 tahun & berpengalaman menyampaikan ilmu Al-Quran ke seluruh pelusuk negara termasuk Singapore, New Zealand & Brunei Darussalam, Ustaz Asraff kini banyak menyediakan modul berimpak tinggi untuk masyarakat lebih mudah ‘akses’ kepada Al-Quran. Seminar yang dianjurkan Seperti Kaedah Jibril, Tajwid Luarbiasa, Al-Quran Dihatiku & Solusi Qurani banyak membantu masyarakat mencintai Al-Quran melalui kaedah yang lebih mudah untuk dipraktikkan.
Menyedari bahawa masyarakat amat mendambakan cara mudah untuk mendekati Ilahi, selain seminar beliau juga menyebarkan ilmu & pengalamannya melalui penulisan. Setakat ini beliau telah menghasilkan 6 buah buku : Quranology, Kaedah Jibril, Mudahnya Ngaji Tajwid, 56 Soal-Jawab Tajwid, 21 Formula Hidup Luarbiasa & yang terkini, Umrah ke langit, umrah ke laut. Buku-buku ini telah mendapat sambutan hangat dari masyarakat & diulang-cetak beberapa kali. Terkini, buku Mudahnya Ngaji Tajwid telah dicetak sebanyak 12 ribu naskhah, kurang 9 bulan dari tarikh pelancarannya.
Beliau juga telah menerbitkan beberapa DVD pembelajaran Al-Quran untuk memudahkan masyarakat yang tidak berkesempatan menghadiri seminar agar terus belajar. Antaranya : DVD Tajwid Aman Hatiku, DVD Inspirasi Qurani & DVD Tiga Seminar. Semua ini diterbitkan kerana beliau percaya, umat islam berhak mendapat short-cut & akses lebih mudah kepada Al-Quran dan melalui DVD ini, ia diharap menjadi jambatan terbaik untuk mereka mencintai Kalamullah.
Anda punya banyak alasan untuk bertemu Ustaz di seminar, belajar dengannya melalui teknik pembelajaran berimpak tinggi tetapi disampaikan dengan penuh sistematik & santai, bersoal-jawab dengannya & mengetahui bahawa Al-Quran tidaklah sesukar disangka untuk dibaca, difahami & dihayati. Anda cuma perlukan guru yang tepat & teknik yang memudahkan. InsyaAllah persahabatan anda dengan Al-Quran akan lebih mudah terjalin erat di sini & didoakan, syafaatnya berpanjangan hingga ke syurga.
Hadiri Seminar Tajwid Luarbiasa, semoga anda jua berpeluang menguasai teknik lebih mudah menjadi manusia luarbiasa, manusia beriman, bermanfaat & berprestasi tinggi sebagai bakal Ahli Syurga.
Lagi pandangan peserta yang telah menghadiri
Seminar Tajwid Luarbiasa :
Saya meninggalkan tajwid di bangu sekolah dengan banyak perkara yang saya tidak faham. Seminar inimenerangi dunia pengetahuan tajwid saya. Kefahaman sungguh jelas untuk membantu saya membaca Al-Quran dengan lebih baik, insya Allah.
Encik Akmal Azran, Pegawai Eksekutif
Ya Salaaam. Program yang baik untuk semua terutamanya bagi yang nak mengajar anak-anak. Persoalan yang selama ini ingin diketahui terjawab dengan mengikutinya. Saya sarankan untuk diikuti semua golongan.
Md. Sallehuddin
Saya dah belajar di banyak tempat pengajian tajwid. Tetapi bila saya hadiri kuliah ustaz, saya merasakan ada kelainannya. Kelainan yang menjurus kepada lebih mudah faham & lebih jelas sistem pembelajarannya. Tahniah ustaz.
Mohd Shefri Zamzuri, Supervisor
Isi kuliah yang senang difahami. Nota kuliah yang padat dan disusun dengan sistematik. Penyampaian ustaz sangat terang dan jelas.
Dr. Marzetty Ibrahim, Doktor
Siapa yang patut hadir ?
Mereka yang ingin faham ilmu tajwid praktikaltanpa perbahasan teori berjela-jela.
Mereka yang baca Al-Quran tapi tidak ingat nama hukum tajwidnya.
Mereka yang selalu ’confuse’, asyik ingat 10 huruf ikhfa’ sahaja, padahal hurufnya 15.
Mereka yang baca Al-Quran tapi panjang mad ’main teka’. Sekejap 4 harkat, sekejap 5 harkat.
Mereka yang basic tajwidnya ’tidak tersusun’,banyak tidak faham, keliru tentang ilmu tajwid.
Mereka yang berumur tapi masih tidak kuasai tajwid. Risau baca Al-Quran seorang diri, takut ada salah.
Dah bagus baca Al-Quran tetapi bila ditanya nama hukum tajwid terutamanya mad, anda masih kabur.
Mereka yang ingin BIMBING anak sendiri ilmu tajwid di rumah walaupun anda tiada latarbelakang agama.
Mereka yang sering mengajar / tadarus Al-Quran dan ingin kemaskan kedua-dua bahagian : baca bagus, teori pun mantap.
Tarikh / Lokasi / Waktu:
Berikut adalah tarikh & lokasi yang boleh anda pilih :
.
📍 Kuantan Pahang
📆 24 November 2018
📍 UKM Bangi
📆 8 Disember 2018
📍 UNISEL Shah Alam
📆 15 Disember 2018
📍 Masjid Wilayah, Kuala Lumpur
📆 23 Disember 2018
No comments:
Post a Comment